LONDON - Satu tinjauan melibatkan 2,000 pekerja pelbagai sektor di Britain mendapati pakar komputer merupakan pasangan seks terbaik, lapor sebuah akhbar semalam.
Kajian melibatkan pekerja lelaki dan wanita itu mendapati pakar komputer tidak mementingkan diri sendiri, paling gemar meneroka dan kerap menggunakan alat permainan seks ketika bersama pasangan mereka. Sebelum ini, golongan lelaki yang bekerja di sektor teknologi maklumat (IT) dianggap sebagai selekeh dan tidak romantis.
Bagaimanapun, tinjauan terbaru itu mendapati 82 peratus pekerja sektor berkenaan lebih mementingkan keperluan pasangan mereka manakala 78 peratus golongan tersebut gemar menggunakan alat permainan seks di ranjang.
Keputusan tersebut adalah jauh lebih tinggi berbanding yang dicatat pekerja sektor lain. Paling memeranjatkan, tinjauan sama mendapati mereka yang bekerja di dalam industri kecergasan didapati lebih mementingkan keseronokan diri sendiri berbanding pasangan mereka.
Bagaimanapun, golongan itu didapati paling kerap melakukan hubungan seks diikuti pekerja pejabat manakala pekerja sektor IT mengekori pada kedudukan ketiga. - Agensi
No comments:
Post a Comment